My Blog List

Sunday, October 28, 2012

Rumahku (Kerajaanku)

Nak dipermudahkan cerita, tak ada bunga-bunga, kita terus je bercerita
(pantun 3 kerat ).

Bagi aku,bagi aku lah.. Aku bukan maksum so tak semestinya ape yg aku cakap ni semuanya soheh dan suci dari kesalahan. Jadi bagi aku,kerajaan yang baik ni ibarat macam sebuah rumah yang besar dan dihuni oleh isi-isi rumah yg sepatutnya ada di dalam sesebuah rumah bagi melicinkan urusan seharian di dalam rumah besar(kerajaan) tersebut. Misal kata rumah kita ini dimiliki oleh empunya tanah,yakni datok dan nenek kita(Agong,permaisuri dan badan2 diraja yg lain). Tapi almaklumlah.. Datok dan nenek kite dah tua(Intitusi Raja sudah tidak sekuat dahulu),mana larat dah nak fikirkan pasal rumah.. Maka, biarkan sajalah(jangan ditegur) datok dan nenek kita yg dah tak seberapa kuat nie menghitung hari(5 tahun tempoh berkuasa) dan menghabiskan sisa-sisa masa sihat mereka dengan aman dan damai(suka hati bagindalah).. Kalau nak campur tangan dalam urusan rumah pun hanya hal yg tak seberapa nak penting sangat lah.. Urusan kecil-kecilan mungkin boleh lah,sebab dalam rumah kita ada ayah! Ayah(badan kerajaan)lah yg akan selalu membuat keputusan penting.. Maklumlah, ayah kan ketua keluarga(negara).. Selain itu, hasil-hasil pendapatan untuk menampung perbelanjaan isi rumah ini pun ayahlah yg bagi.. Tak kisahlah ayah dapat pendapatan daripada harta turun temurun ke(kekayaan hasil bumi),ataupon daripada pendapatan ayah sendiri.. Ayah siangnya bekerja tetap(pendapatan dari sektor awam),malamnya pulak ada side income yg lain(sektor swasta dan lain2 cukai).. Jadi ayah tak ada masa sangat nak fikir pasal rumah saja semata-mata.. Disebabkan itu, ayah banyak sangat serahkan tugas mengurus dan membuat penyelesaian masalah di tangan emak(pemimpin kerajaan,ahli parlimen,menteri,dan sebagainya)

Oleh sebab itu, segala pendapatan yg ayah dapat,hampir semuanya emak yang pegang.. Nak dijadikan cerita,mana ada rumah-tangga aman,damai,makmur,sentosa dan bahagia sentiasa di atas dunia ni,mesti ada masalah yg akan timbul dan melanda. Tak kiralah sama ada masalah kewangan ke(akaun deficit ke),persekitaran ke(bencana alam ke),kes-kes jenayah macam rumah dirompak,disihir,diskodeng d.l.l(ancaman dari musuh-musuh negara ke)ataupun gejala-gejala sosial daripada anak-anak(rakyat jelata)mahupun pembantu rumah(pekerja kerajaan)yg banyak juga songehnya kadang-kadang tu.. "Akan tetapi,emak yg cekap lagi pintar pasti akan mampu memikirkan langkah-langkah bagi menangani ataupun dengan lebih baik lagi, membendung terus gejala-gejala ini daripada berlaku sekali lagi di dalam usaha membina rumah idaman persis syurga dunia!",kataku dengan dahi berkerut sambil jari telunjuk diangkat seperti tanda seru hujung nota. Bila emak dah buat sesuatu keputusan,ayah pun secara autonya akan tersenyum lebar lantas memberikan isyarat bagus dengan jari ibunya menandakan erti setuju.. Jadi(lagi-lagi 'jadi'), rumah besar tadi pun akan terurus dengan baiknya setelah segala masalah dapat diselesaikan dengan kepintaran emak dan persetujuan ayah. :)

Yang kita tak nak dalam sesebuah rumah itu pula,ialah emak yg mementingkan diri sendiri lebih daripada kepentingan anak-anak.. Kadang-kadang tu,anak mahu bersarapan pun tak boleh,sebab tak ada benda yang boleh ditelan dekat dapur tu(miskin tegar).. Tapi, dia punya mami boleh bantai lena lagi tidoq ataih katil dengan gelang emas paraih siku dok pipiaq, lagu mana nak tambah gelang kaki pulak bagi naik sampai paraih paha(nakharom!!)? Yelah,sebagai ayah ataupun anak dalam rumah tersebut,kita mestilah mahukan seorang isteri(setia pada negara),dan juga ibu(berjasa pada rakyat),yg secara efficientlynya dapat mengurus segala tanggungjawab dan amanah yg diberikan.. Emak yg sejati dia akan sanggup berlapar,berpanas,bersusah-payah,kadang-kadang kalau tengah sesak tu,baju pon sama je,hari-hari baju kelawar je dia pakai.. Kalau nk melawa sikit,bibir pun kadang-kadang dia kepit dekat pintu je bagi nampak merah lebam sikit konon-konon tengah pakai lipstik semata-mata nak tengok anak-anak dia hidup senang(taraf hidup rakyat meningkat),masa depan terjamin(mencapai taraf negara maju)dan yg paling penting,xde anak-anak dia kena gastrik sebab lapar(kemiskinan dan pengangguran).Ok, buat masa ni aku tak cakap apa-apa pasal cincin ke,tabung ke,apa kan?So,jangan nak memandai!

Turut tidak dilupakan juga emak dan bini yang mithali yang kita idam-idam kan juga haruslah(actually wajib!!!)menerapkan asas2 utama agama(Islam kalau di Malaysia)di dalam isi rumahnya bermula dari segi aqidah dan pembelajaran hinggalah feqah dan perlaksaan(dari pra sekolah hinggalah ke penggubalan undang-undang dan mahkamah).Barulah nilai-nilai murni dalam isi rumah tadi dapat dipupuk di samping hidup bekeluarga akan terjamin dunia akhirat..Memang kadang-kadang ayah ada bekalkan peruntukan kelas agama(majlis Agama dan Mufti)untuk anak-anak, malah untuk si emak juga ada ustaz-ustaz untuk mereka membuat rujukan dalam membuat keputusan(majlis fatwa kebangsaan).Tapi,mengapa peruntukan ini tidak nampak keberkesannya dalam sesuatu keputusan?Adakah suara pak ustaz yang kurang kedengaran ataupun kepintaran logikal si emak sahaja sudah memadai?Kalau hendak dikatakan emak tidak biasa dengan pak ustaz,emak sendiri yang lantik..Mungkin ada kegunaan lain siapa tahu?

Ada special kes tu terjadi di rumah jiran(baek nye cover)yang mana emaknya cukup teruk pegangan agamanya..Kadang tak balik-balik 2-3 minggu.Bila ditanya kemana? Katanya meeting jiran wanita(urusan penting).Tapi bila diselidik(digoogle/diblog/mahupun dikhabar angin)rupanya berpesta di kelab-kelab malam dan parti buih..Petangnya pula diisi dengan aktiviti tidak sihat termasuk bermain mahjong dan laga ayam..Paginya pula dimulakan dengan nyanyian black metal diselangi dengan togakan todi.Malas pula nak diceritakan bagaimana tengah harinya(hiperbola semata-mata). Itu belum terjawab lagi soal dimana amal ibadahnya,adab sebagai isterinya,dimana keibuannya..TAPI!bile diinterview si anak apa yg diajar emaknya,anaknya lalu menjawab,"emak bilang,dalam Islam ngak bulih derhaka pada ibu bapa karena disitulah letaknya surga",katanya sambil lagu 'who next?your mother!' dinyanyikan dengan hanya menggunakan teknik acapella..Apa kejadahnya semua ini??!

Ingatlah kita.....bahawasanya.....masa depan keluarga.....bergantung.....(ade katib tempat aku baca khutbah slow dan sangat menghypnosis mcm nie.Diorang tak ada pergi kursus ke?).Ok-ok sambung balik,masa depan keluarga(negara) sebenarnya bergantung pada anak cucu(generasi muda) dlm keluarga tersebut.jadi,mendidik dan membentuk anak supaya menjadi anak yg soleh dan tinggi ilmu pengetahuannya bukan boleh diambil mudah.Banyak aspek yang perlu dijaga..Bukannya setakat bagi minum horlicks pagi-pagi,tengah hari pula milo,diikuti dengan vitagen pada malamnya semata-mata..Tak tau ke?HAK BERMAIN HAK KAMI!~

Kes yang seterusnya pula, bila emak terlalu mengongkong si anak dalam memilih masa depan.Mungkin bagi emak,dia tahu apa yang terbaik buat anaknya.Tapi rezeki kan Allah yang beri.So,tak payahlah terlalu risau sehingga tersia-sia kebolehan si anak tadi.Ada tu yang sanggup "mangga" remote control televisyen(media massa).Katanya,supaya si anak tidaklah asyik menonton kartun je(perkara sia-sia)semata-mata kononnya.Alih-alih terpaksalah si anak menonton hindustan,melodi dan drama-drama bersiri dari negara-negara jiran yang diminati emaknya(hiburan yang lagho).Habis,bagaimana dengan rancangan-rancangan ilmiah dan islamik yang mampu memupuk perkembangan minda si anak?paling kerap ditayangkan adalah cerita mengenai keburukan dan kejahatan emak tiri terhadap anaknya jika si ayah kahwin lain.(badan kerajaan dapat pemimpin yang baru).Maka gerunlah si anak memikirkan masa depan mereka jika mereka memilih untuk bersama emak yang baru.Maklumlah,ada rumah yang anak-anaknya berhak memilih emak yang baru dalam masa tertentu(demokrasi)

Anak yang dewasa dan matang mungkin dapat (to be continue...)

No comments: