My Blog List

Tuesday, April 13, 2010

MALAYSIA Nanti...Apa Akan Jadi??!!

Yang jauh mai dekat,yg dekat mai rapat!!!

Salam kepada pembaca2 sekalian..

Kali nie bukan nk cerita pasal pasar malam ke,pasal abang jual burger ke...Kali nie nk cerita skit pasal apa nak jadi kat Malaysia nie suatu hari nanti..Mereka2 duk kata Malaysia nanti Malaysia maju lar,Malaysia  2020 lar,tapi yg pasti ialah Malaysia nanti pasti bukan Malaysia sekarang

Al-kisahnya AKU ada lar melawat Blog otai2/abg2 bebaru nie..Terbaca lah aku petikan dari blog seorang abang politik nie duk bercerita pasal PRK(pilihan raya kecil)  nnt kat Hulu Selangor sana tuh..Seronok tengok memperjuangkan pendirian dan politik mereka nie..hehe..

Setelah habis membaca,AKU pon saja dok miang tangan nak komen...Tapi sebelum komen kita mesti tengok komen2 sebelum nie supaya seronok pembaca lain baca nnt..Benda panas mesti panaskan lagi..hue3~~

AKU pon bacalah komen2 tue dari awal sampai abis..
Tapi ada satu komen nie menarik perhatian AKU..
Petikan Komen Tersebut:-

"Salam.
Hanya Allah tempat kita berserah. Ayuh semua pejuang bangsa kita adakan sembahyang hajat agar allah memberikan kemanangan kepada BN. Semoga dengan kemenangan itu YBK akan dapat balik tanahnya dan kampus UiTM akan kembali ke Serendak.

Kalau PR menang lagi di Hulu Selangor.
1. Kedai arak dan jualan arak akan menjadi business utama.
2. Rumah urut dan sex akan dibuka 24 jam, 7 hari seminggu dan 365 hari setahun di hulu selangor.
3. Surau-surau dan masjid tidak di benarkan pasang speaker.
4. Orang melayu boleh sembahyang di gereja dan orang bukan islam boleh sembahyang di surau atau masjid.
5. Kongsi gelap dan samseng mendapat kawasan baru.
6. Aktiviti meliwat di benarkan di hulu selangor.
7. Hulu selangor akan mendapat penasihat ekonomi yang bertuankan Yahudi.
8. Hulu selangor tak perlu ada Polis,sebab polis akan tembak siapa yang dia tak suka.
9. Hulu selangor tak perlu ada Polis,Badan Kehakiman dan SPRM sebab PR tak percaya pada polis,badan kehakiman dan SPRM.
10.Hulu Selangor akan dapat pakar bedah Prono yang di import dari Thailand.
11. Semua tuntutan IFC akan di laksanakan di P094 hulu Selangor.
12. Kalimah allah boleh di gunakan oleh semua orang Hulu Selangor tanpa mengira agama.
13. Anak-anak perempuan yang belum datang bulan di cagarkan / di nikahkan dengan ahlul Pakatan Ajaran Sesat.
14. Wakil rakyat boleh langgar pelajar dengan kereta lepas minum arak.
15. Kelab tak pakai seluar dalam akan ditubuhkan oleh Eli di Hulu selangor."

AKU pun tergelak besar sekejap bila baca komen nie..Dalam masa yg sama otak AKU nie ligat lar berpusing nak membalas komen tersebut..Tapi,belum sempat terkeluar idea melalui jari-jemari aku ni,tetiber terpampang satu lagi komen yang bertentangan dengan komen sebelumnya..Maka tak jadilah aku nak komen sebab aku macam da sebati ngan komen brader nie..
Petikan Komen Brader tersebut:-

"Xsabar nak tau keputusan PRK Hulu Selangor kali nie kalau PR memerintah kita da tau cmner teruk result dy bak kata abg2 kat atas apa pula kalau BN perintah..
Minta2 lah UMNO/BN menang..
bole kita tengok:-
1. Kedai jual beli enjin jet pejuang dan kapal selam anti selam..
2. Pembunuhan rakyat asing,terutama mongolia
3.Letupan2 bom c4..
4. Kandang2 babi dijadikan museum negeri..
5. Pesta rasuah juta2..
6. Pembangunan & projek tanpa henti oleh kaum kerabat sendiri..
7. Rakyat h.selangor banyak yg bukak gerai2 kecil(tambah pendapatan sbb minyak mahal)
8. Mana tau dapat tengok ceramah2 kutuk ulama' secara terbuka ke..lg best..(sabda Rasulullah          maksudnya:sesiapa yg mencaci para alim ulama' umpama dia mencaci aku)
9. Sistem cukai2 baru akan dikuatkuasakan bagi menampung kos pembangunan dan kos duit poket pentadbir..
10. KALAU DAPAT TENGOK TOKOH2 UMNO jadi imam/bilal masjid lg best..(KALAU LAR)"

Dalam hati AKU kata,'kalau macam nie lah sesiapa memerintah pun hancur Malaysia kita nie'...Jadi tersiarlah Post baru kat blog AKU ini..hehe..Sama2 lar kita fikirkan apa nak jadi kat Malaysia nanti..

Sekian~~

p/s: Kirenye Kalau BN dan PR bergabung memerintah, mmg hancur terus lah Hulu Selangor ek?..hue3~~

Monday, April 12, 2010

ADA CERITA SIKIT..

Assalamualaikum dan Salam Ukwah kepada pembaca.

Bebaru nie AKU perhatikan banyak tahap bersepah la blog2 baru yg diusahakan oleg Blogger2 yg ingin berkongsi apa yg mereka tahu..Termasuklah golongan2 pelajar,ahli politik dan sebagainya..BAGUS,banyaklah informasi yg kita ley kongsi..

Sebelum2 nie AKU cuma memerhati dan membaca(adalah komen2 sikit)je blog2 ini..Last2 AKU pulak ada minat nak menulis nie.hehehe..Gatal Tangan lah kiranya..Cuma AKU nak owg tau AKU nie hanyalah pelajar biasa yg mengutamakan KEBEBASAN BERFiKIR semata2..hanya menyokong secara realistik/rasionalis dan menyangkal yg pincang/xrelevan..Jika ada yg bertanya AKU nie sebelah mana..AKU jawab AKU sebelah Melayu Islam jee..Xperlu dinyatakan AKU nie dari parti or organisasi mana lah sebab AKU xpunya parti,majikan atau sandaran lg selain Islam dan Ibu-Bapa AKU..

Sedih juga bila lihat antara Blogger2 nie yg menghina dan mencaci sesama sendiri kerana orang lain..(T_T).Tapi nak buat macam mana inilah manusia..Banyak AKU tengok owg yg mengutuk,tapi lagi banyak AKU tengok owg yg mengutuk mereka2 yg suka mengutuk..So,macam xder beza pon sebenarnya mereka2 semua nie..hue3~~Jadi kepada yg ada idea or buah fikiran dalam kepala otak tu,janganlah segan utk kita berkongsi yer..

Kepada AKU,berusahalah memajukan Blog ini agar menjadi sumber maklumat dan informasi yg berguna kepada semua..

p/s Betol jugak bila aku pikir ayat Nabil Raja Lawak bila dia kata,"LU PIKIR LAH SENDIRI". ^_^

Sunday, April 11, 2010

CUBAAN PERTAMA!!~~

Ehem2~
Assalamualaikum dan salam ukhwah kepada semua..Ini adalah cubaan pertama saya di post pertama saya di blog pertama saya..
Untuk soalan lanjut,sila ke http://www.formspring.me/kekochianz

Sekian~~ ^_^