My Blog List

Sunday, November 4, 2012

AYAT QURSI PENGHULU SEGALA AYAT

Assalamualaikum Warrahmatullah Hiwabarakatuh اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Tahukah korang kelebihan ayat Qursi?
Maknanya?
Keistimewaan?

Meh sini aku kongsi:~

Ayat Qursi ini sebenarnya diturunkan pada sebuah malam selepas Hijrah.Riwayat mengatakan semasa Ayat Qursi diturunkan,ianya disertai beribu-ribu malaikat sebagai penghantarnya oleh kerana kebesaran dan kemuliaanya.

Maka gemparlah syaitan dan iblis kerana ada petanda bahawa telah turunnya sebuah rintangan yg hebat bakal menjadi penghalang dalam perjuangan diorang.

Selepas turunnya Ayat Qursi ini,Rasullullah SAW segera memerintahkan penulis ayat al-Quran ketika itu Zaid b. Thabit agar segera mencatit dan menyebarkan ayat ini.Ada lebih kurang sembilan puluh lima (95) buah hadis yg menjelaskan fadhilat Ayat Qursi ini.

Mengapa ayat ini digelar Ayat QURSI??
Sebabnya kerana didalamnya terdapat perkataan QURSI yg bermaksud tempat duduk yg megah lagi bermartabat.

TAPI perlu diingat bahawa yg dimaksudkan dengan QURSI ini bukanlah tempat duduk tuhan,tetapi ianya sebagai tanda syiar kebesaran tuhan.

Bismillahi Hirrahman Nirrahim بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ




Maknanya:

Allah tidak ada Tuhan melainkan Dia yang Maha Kekal lagi terus menerus mengurus makhlukNya, tidak mengantuk dan tidak tidur KepunyaanNya apa yang di langit dan di bumi. Siapakah yang dapat memberi syafa'at di sisi Allah tanpa izinNya? Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang meraka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendakiNya. Kursi Allah meliputi langit dan bumi, Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar.
(QS : Al-Baqarah : 255)


Antara Kelebihan-kelebihannya:

1- Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas sholat fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali keluar masuk rumah atau hendak musafir, insyaAllah akan terpeliharalah dirinya dari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akan memudaratkan dirinya bahkan keluarga, anak-anak, harta bendanya juga akan terpelihara dengan izin Allah s.w.t.

2- Mengikut keterangan dari kitab "Asraarul Mufidah" sesiapa mengamalkan membacanya setiap hari sebanyak 18 kali maka akan dibukakan dadanya dengan berbagai hikmah, dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjatnya dan diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana dengan izin Allah.

3- Syeikh Abu Abbas ada menerangkan, siapa yang membacanya sebanyak 50 kali lalu ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya, Insya-Allah, Allah akan mencerdaskan akal fikirannya serta memudahkannya menerima ilmu pengetahuan.

4- Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud: "Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segala kefakiran di depan matanya.

5- Sabda baginda lagi; "Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi jumaat, kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar."

6- Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad.

7- Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan.

8- Pengamal ayat Kursi juga, dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah.

9- Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya.

10- Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, insya-Allah akan menyebabkan syaitan dan jin terbakar.

11- Jika anda berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu sebaiknya anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar daripada gangguan lahir dan batin.

12- Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.

13- Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, ia akan berada dalam lindungan Allah hingga sholat yang lain.

14- Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sholat, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut, dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya & ahli rumah2 di sekitarnya.

15- Barang siapa membaca ayat Al-Kursi diakhir tiap-tiap sholat Fardhu, Allah menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur perbuatan2 orang yang benar, pahala nabi2 juga Allah melimpahkan padanya rahmat.

16- Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.

17- Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah azza wajalla akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid.

18- Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan niscaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya Dari Abdullah bin 'Amr r.a


Maka,xpayah nak renung-renungkan sangat..
Marilah beramal dan istiqomah dalam membacanya :D

Sunday, October 28, 2012

Rumahku (Kerajaanku)

Nak dipermudahkan cerita, tak ada bunga-bunga, kita terus je bercerita
(pantun 3 kerat ).

Bagi aku,bagi aku lah.. Aku bukan maksum so tak semestinya ape yg aku cakap ni semuanya soheh dan suci dari kesalahan. Jadi bagi aku,kerajaan yang baik ni ibarat macam sebuah rumah yang besar dan dihuni oleh isi-isi rumah yg sepatutnya ada di dalam sesebuah rumah bagi melicinkan urusan seharian di dalam rumah besar(kerajaan) tersebut. Misal kata rumah kita ini dimiliki oleh empunya tanah,yakni datok dan nenek kita(Agong,permaisuri dan badan2 diraja yg lain). Tapi almaklumlah.. Datok dan nenek kite dah tua(Intitusi Raja sudah tidak sekuat dahulu),mana larat dah nak fikirkan pasal rumah.. Maka, biarkan sajalah(jangan ditegur) datok dan nenek kita yg dah tak seberapa kuat nie menghitung hari(5 tahun tempoh berkuasa) dan menghabiskan sisa-sisa masa sihat mereka dengan aman dan damai(suka hati bagindalah).. Kalau nak campur tangan dalam urusan rumah pun hanya hal yg tak seberapa nak penting sangat lah.. Urusan kecil-kecilan mungkin boleh lah,sebab dalam rumah kita ada ayah! Ayah(badan kerajaan)lah yg akan selalu membuat keputusan penting.. Maklumlah, ayah kan ketua keluarga(negara).. Selain itu, hasil-hasil pendapatan untuk menampung perbelanjaan isi rumah ini pun ayahlah yg bagi.. Tak kisahlah ayah dapat pendapatan daripada harta turun temurun ke(kekayaan hasil bumi),ataupon daripada pendapatan ayah sendiri.. Ayah siangnya bekerja tetap(pendapatan dari sektor awam),malamnya pulak ada side income yg lain(sektor swasta dan lain2 cukai).. Jadi ayah tak ada masa sangat nak fikir pasal rumah saja semata-mata.. Disebabkan itu, ayah banyak sangat serahkan tugas mengurus dan membuat penyelesaian masalah di tangan emak(pemimpin kerajaan,ahli parlimen,menteri,dan sebagainya)

Oleh sebab itu, segala pendapatan yg ayah dapat,hampir semuanya emak yang pegang.. Nak dijadikan cerita,mana ada rumah-tangga aman,damai,makmur,sentosa dan bahagia sentiasa di atas dunia ni,mesti ada masalah yg akan timbul dan melanda. Tak kiralah sama ada masalah kewangan ke(akaun deficit ke),persekitaran ke(bencana alam ke),kes-kes jenayah macam rumah dirompak,disihir,diskodeng d.l.l(ancaman dari musuh-musuh negara ke)ataupun gejala-gejala sosial daripada anak-anak(rakyat jelata)mahupun pembantu rumah(pekerja kerajaan)yg banyak juga songehnya kadang-kadang tu.. "Akan tetapi,emak yg cekap lagi pintar pasti akan mampu memikirkan langkah-langkah bagi menangani ataupun dengan lebih baik lagi, membendung terus gejala-gejala ini daripada berlaku sekali lagi di dalam usaha membina rumah idaman persis syurga dunia!",kataku dengan dahi berkerut sambil jari telunjuk diangkat seperti tanda seru hujung nota. Bila emak dah buat sesuatu keputusan,ayah pun secara autonya akan tersenyum lebar lantas memberikan isyarat bagus dengan jari ibunya menandakan erti setuju.. Jadi(lagi-lagi 'jadi'), rumah besar tadi pun akan terurus dengan baiknya setelah segala masalah dapat diselesaikan dengan kepintaran emak dan persetujuan ayah. :)

Yang kita tak nak dalam sesebuah rumah itu pula,ialah emak yg mementingkan diri sendiri lebih daripada kepentingan anak-anak.. Kadang-kadang tu,anak mahu bersarapan pun tak boleh,sebab tak ada benda yang boleh ditelan dekat dapur tu(miskin tegar).. Tapi, dia punya mami boleh bantai lena lagi tidoq ataih katil dengan gelang emas paraih siku dok pipiaq, lagu mana nak tambah gelang kaki pulak bagi naik sampai paraih paha(nakharom!!)? Yelah,sebagai ayah ataupun anak dalam rumah tersebut,kita mestilah mahukan seorang isteri(setia pada negara),dan juga ibu(berjasa pada rakyat),yg secara efficientlynya dapat mengurus segala tanggungjawab dan amanah yg diberikan.. Emak yg sejati dia akan sanggup berlapar,berpanas,bersusah-payah,kadang-kadang kalau tengah sesak tu,baju pon sama je,hari-hari baju kelawar je dia pakai.. Kalau nk melawa sikit,bibir pun kadang-kadang dia kepit dekat pintu je bagi nampak merah lebam sikit konon-konon tengah pakai lipstik semata-mata nak tengok anak-anak dia hidup senang(taraf hidup rakyat meningkat),masa depan terjamin(mencapai taraf negara maju)dan yg paling penting,xde anak-anak dia kena gastrik sebab lapar(kemiskinan dan pengangguran).Ok, buat masa ni aku tak cakap apa-apa pasal cincin ke,tabung ke,apa kan?So,jangan nak memandai!

Turut tidak dilupakan juga emak dan bini yang mithali yang kita idam-idam kan juga haruslah(actually wajib!!!)menerapkan asas2 utama agama(Islam kalau di Malaysia)di dalam isi rumahnya bermula dari segi aqidah dan pembelajaran hinggalah feqah dan perlaksaan(dari pra sekolah hinggalah ke penggubalan undang-undang dan mahkamah).Barulah nilai-nilai murni dalam isi rumah tadi dapat dipupuk di samping hidup bekeluarga akan terjamin dunia akhirat..Memang kadang-kadang ayah ada bekalkan peruntukan kelas agama(majlis Agama dan Mufti)untuk anak-anak, malah untuk si emak juga ada ustaz-ustaz untuk mereka membuat rujukan dalam membuat keputusan(majlis fatwa kebangsaan).Tapi,mengapa peruntukan ini tidak nampak keberkesannya dalam sesuatu keputusan?Adakah suara pak ustaz yang kurang kedengaran ataupun kepintaran logikal si emak sahaja sudah memadai?Kalau hendak dikatakan emak tidak biasa dengan pak ustaz,emak sendiri yang lantik..Mungkin ada kegunaan lain siapa tahu?

Ada special kes tu terjadi di rumah jiran(baek nye cover)yang mana emaknya cukup teruk pegangan agamanya..Kadang tak balik-balik 2-3 minggu.Bila ditanya kemana? Katanya meeting jiran wanita(urusan penting).Tapi bila diselidik(digoogle/diblog/mahupun dikhabar angin)rupanya berpesta di kelab-kelab malam dan parti buih..Petangnya pula diisi dengan aktiviti tidak sihat termasuk bermain mahjong dan laga ayam..Paginya pula dimulakan dengan nyanyian black metal diselangi dengan togakan todi.Malas pula nak diceritakan bagaimana tengah harinya(hiperbola semata-mata). Itu belum terjawab lagi soal dimana amal ibadahnya,adab sebagai isterinya,dimana keibuannya..TAPI!bile diinterview si anak apa yg diajar emaknya,anaknya lalu menjawab,"emak bilang,dalam Islam ngak bulih derhaka pada ibu bapa karena disitulah letaknya surga",katanya sambil lagu 'who next?your mother!' dinyanyikan dengan hanya menggunakan teknik acapella..Apa kejadahnya semua ini??!

Ingatlah kita.....bahawasanya.....masa depan keluarga.....bergantung.....(ade katib tempat aku baca khutbah slow dan sangat menghypnosis mcm nie.Diorang tak ada pergi kursus ke?).Ok-ok sambung balik,masa depan keluarga(negara) sebenarnya bergantung pada anak cucu(generasi muda) dlm keluarga tersebut.jadi,mendidik dan membentuk anak supaya menjadi anak yg soleh dan tinggi ilmu pengetahuannya bukan boleh diambil mudah.Banyak aspek yang perlu dijaga..Bukannya setakat bagi minum horlicks pagi-pagi,tengah hari pula milo,diikuti dengan vitagen pada malamnya semata-mata..Tak tau ke?HAK BERMAIN HAK KAMI!~

Kes yang seterusnya pula, bila emak terlalu mengongkong si anak dalam memilih masa depan.Mungkin bagi emak,dia tahu apa yang terbaik buat anaknya.Tapi rezeki kan Allah yang beri.So,tak payahlah terlalu risau sehingga tersia-sia kebolehan si anak tadi.Ada tu yang sanggup "mangga" remote control televisyen(media massa).Katanya,supaya si anak tidaklah asyik menonton kartun je(perkara sia-sia)semata-mata kononnya.Alih-alih terpaksalah si anak menonton hindustan,melodi dan drama-drama bersiri dari negara-negara jiran yang diminati emaknya(hiburan yang lagho).Habis,bagaimana dengan rancangan-rancangan ilmiah dan islamik yang mampu memupuk perkembangan minda si anak?paling kerap ditayangkan adalah cerita mengenai keburukan dan kejahatan emak tiri terhadap anaknya jika si ayah kahwin lain.(badan kerajaan dapat pemimpin yang baru).Maka gerunlah si anak memikirkan masa depan mereka jika mereka memilih untuk bersama emak yang baru.Maklumlah,ada rumah yang anak-anaknya berhak memilih emak yang baru dalam masa tertentu(demokrasi)

Anak yang dewasa dan matang mungkin dapat (to be continue...)

Tuesday, June 15, 2010

AKU,KAU dan WANITA

Salam~~
Siapalah AKU utk menolak cinta yang hadirnya tanpa dipaksa dan merupakan fitrah manusia.hue3~~..Lantas,tulisan AKU kali ini terus berkaitan dengan pelengkap hidup sekalian kaum lelaki atau lebih tepat ialah WANITA. Pernah KAU terfikir siapa wanita?Apa kelebihan,kekurangan,keperluan,keinginan dan pelengkap seorang wanita?Jadi secara pantas AKU mengkaji dan mengenal sifat2 dan kebaikan insan yg bakal menemani hidup dan perjuangan AKU suatu hari nanti..

Antara Hadis2 mengenai wanita :
1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".
2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.
4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.
6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.
7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah dan orang yang takutkan Allah, akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.
9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.
11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.
12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah, "Suaminya. "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah, "Ibunya".
13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.
14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.
15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.
17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.
18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.
19. Daripada Aisyah r.a. Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

p/s: Tidakkah anda sedar betapa beruntung nya anda yang bergelar wanita?



Antara keistimewaan lain wanita:
1. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.
2. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.
3. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat.
4. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
5. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.
6. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.
7. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.
8. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.
9. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 maalaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.
10. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.
11. Wanita yang memerah susu binatang dengan "bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.
12. Wanita yang menguli tepung gandum dengan "bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya.
13. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah.
14. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.
15. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.
16. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.
17. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.
18. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.
19. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.
20. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 tahun), maka maalaikat-maalaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.
21. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis,
Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.
22. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala 7 tola perak.
23. Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.
24. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.
25. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.

Rasanya apa yang AKU kaji ini dah cukup meyakinkan KAU akan kemuliaan seseorang yg digelar wanita.Namun begitu,jika dilihat semula segala kebaikan dan kelebihan yg tercatit seperti diatas,bagi pendapat AKU,siapalah wanita dan kelebihan2 tersebut tanpa seorang insan bergelar lelaki di sisi mereka?? ^_^ Wallahualam~

Tuesday, April 13, 2010

MALAYSIA Nanti...Apa Akan Jadi??!!

Yang jauh mai dekat,yg dekat mai rapat!!!

Salam kepada pembaca2 sekalian..

Kali nie bukan nk cerita pasal pasar malam ke,pasal abang jual burger ke...Kali nie nk cerita skit pasal apa nak jadi kat Malaysia nie suatu hari nanti..Mereka2 duk kata Malaysia nanti Malaysia maju lar,Malaysia  2020 lar,tapi yg pasti ialah Malaysia nanti pasti bukan Malaysia sekarang

Al-kisahnya AKU ada lar melawat Blog otai2/abg2 bebaru nie..Terbaca lah aku petikan dari blog seorang abang politik nie duk bercerita pasal PRK(pilihan raya kecil)  nnt kat Hulu Selangor sana tuh..Seronok tengok memperjuangkan pendirian dan politik mereka nie..hehe..

Setelah habis membaca,AKU pon saja dok miang tangan nak komen...Tapi sebelum komen kita mesti tengok komen2 sebelum nie supaya seronok pembaca lain baca nnt..Benda panas mesti panaskan lagi..hue3~~

AKU pon bacalah komen2 tue dari awal sampai abis..
Tapi ada satu komen nie menarik perhatian AKU..
Petikan Komen Tersebut:-

"Salam.
Hanya Allah tempat kita berserah. Ayuh semua pejuang bangsa kita adakan sembahyang hajat agar allah memberikan kemanangan kepada BN. Semoga dengan kemenangan itu YBK akan dapat balik tanahnya dan kampus UiTM akan kembali ke Serendak.

Kalau PR menang lagi di Hulu Selangor.
1. Kedai arak dan jualan arak akan menjadi business utama.
2. Rumah urut dan sex akan dibuka 24 jam, 7 hari seminggu dan 365 hari setahun di hulu selangor.
3. Surau-surau dan masjid tidak di benarkan pasang speaker.
4. Orang melayu boleh sembahyang di gereja dan orang bukan islam boleh sembahyang di surau atau masjid.
5. Kongsi gelap dan samseng mendapat kawasan baru.
6. Aktiviti meliwat di benarkan di hulu selangor.
7. Hulu selangor akan mendapat penasihat ekonomi yang bertuankan Yahudi.
8. Hulu selangor tak perlu ada Polis,sebab polis akan tembak siapa yang dia tak suka.
9. Hulu selangor tak perlu ada Polis,Badan Kehakiman dan SPRM sebab PR tak percaya pada polis,badan kehakiman dan SPRM.
10.Hulu Selangor akan dapat pakar bedah Prono yang di import dari Thailand.
11. Semua tuntutan IFC akan di laksanakan di P094 hulu Selangor.
12. Kalimah allah boleh di gunakan oleh semua orang Hulu Selangor tanpa mengira agama.
13. Anak-anak perempuan yang belum datang bulan di cagarkan / di nikahkan dengan ahlul Pakatan Ajaran Sesat.
14. Wakil rakyat boleh langgar pelajar dengan kereta lepas minum arak.
15. Kelab tak pakai seluar dalam akan ditubuhkan oleh Eli di Hulu selangor."

AKU pun tergelak besar sekejap bila baca komen nie..Dalam masa yg sama otak AKU nie ligat lar berpusing nak membalas komen tersebut..Tapi,belum sempat terkeluar idea melalui jari-jemari aku ni,tetiber terpampang satu lagi komen yang bertentangan dengan komen sebelumnya..Maka tak jadilah aku nak komen sebab aku macam da sebati ngan komen brader nie..
Petikan Komen Brader tersebut:-

"Xsabar nak tau keputusan PRK Hulu Selangor kali nie kalau PR memerintah kita da tau cmner teruk result dy bak kata abg2 kat atas apa pula kalau BN perintah..
Minta2 lah UMNO/BN menang..
bole kita tengok:-
1. Kedai jual beli enjin jet pejuang dan kapal selam anti selam..
2. Pembunuhan rakyat asing,terutama mongolia
3.Letupan2 bom c4..
4. Kandang2 babi dijadikan museum negeri..
5. Pesta rasuah juta2..
6. Pembangunan & projek tanpa henti oleh kaum kerabat sendiri..
7. Rakyat h.selangor banyak yg bukak gerai2 kecil(tambah pendapatan sbb minyak mahal)
8. Mana tau dapat tengok ceramah2 kutuk ulama' secara terbuka ke..lg best..(sabda Rasulullah          maksudnya:sesiapa yg mencaci para alim ulama' umpama dia mencaci aku)
9. Sistem cukai2 baru akan dikuatkuasakan bagi menampung kos pembangunan dan kos duit poket pentadbir..
10. KALAU DAPAT TENGOK TOKOH2 UMNO jadi imam/bilal masjid lg best..(KALAU LAR)"

Dalam hati AKU kata,'kalau macam nie lah sesiapa memerintah pun hancur Malaysia kita nie'...Jadi tersiarlah Post baru kat blog AKU ini..hehe..Sama2 lar kita fikirkan apa nak jadi kat Malaysia nanti..

Sekian~~

p/s: Kirenye Kalau BN dan PR bergabung memerintah, mmg hancur terus lah Hulu Selangor ek?..hue3~~

Monday, April 12, 2010

ADA CERITA SIKIT..

Assalamualaikum dan Salam Ukwah kepada pembaca.

Bebaru nie AKU perhatikan banyak tahap bersepah la blog2 baru yg diusahakan oleg Blogger2 yg ingin berkongsi apa yg mereka tahu..Termasuklah golongan2 pelajar,ahli politik dan sebagainya..BAGUS,banyaklah informasi yg kita ley kongsi..

Sebelum2 nie AKU cuma memerhati dan membaca(adalah komen2 sikit)je blog2 ini..Last2 AKU pulak ada minat nak menulis nie.hehehe..Gatal Tangan lah kiranya..Cuma AKU nak owg tau AKU nie hanyalah pelajar biasa yg mengutamakan KEBEBASAN BERFiKIR semata2..hanya menyokong secara realistik/rasionalis dan menyangkal yg pincang/xrelevan..Jika ada yg bertanya AKU nie sebelah mana..AKU jawab AKU sebelah Melayu Islam jee..Xperlu dinyatakan AKU nie dari parti or organisasi mana lah sebab AKU xpunya parti,majikan atau sandaran lg selain Islam dan Ibu-Bapa AKU..

Sedih juga bila lihat antara Blogger2 nie yg menghina dan mencaci sesama sendiri kerana orang lain..(T_T).Tapi nak buat macam mana inilah manusia..Banyak AKU tengok owg yg mengutuk,tapi lagi banyak AKU tengok owg yg mengutuk mereka2 yg suka mengutuk..So,macam xder beza pon sebenarnya mereka2 semua nie..hue3~~Jadi kepada yg ada idea or buah fikiran dalam kepala otak tu,janganlah segan utk kita berkongsi yer..

Kepada AKU,berusahalah memajukan Blog ini agar menjadi sumber maklumat dan informasi yg berguna kepada semua..

p/s Betol jugak bila aku pikir ayat Nabil Raja Lawak bila dia kata,"LU PIKIR LAH SENDIRI". ^_^

Sunday, April 11, 2010

CUBAAN PERTAMA!!~~

Ehem2~
Assalamualaikum dan salam ukhwah kepada semua..Ini adalah cubaan pertama saya di post pertama saya di blog pertama saya..
Untuk soalan lanjut,sila ke http://www.formspring.me/kekochianz

Sekian~~ ^_^